KNadi X Kesedaran - Lindungi Data Peribadi : Sesi April 2026

19 April 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 18 April 2026 (Sabtu), satu program NADI X Kesedaran: Kempen Internet Selamat telah dilaksanakan di NADI Bengoh dari pukul 12.00 tengah hari hingga 1.00 petang. Program ini telah disertai oleh seramai enam (6) orang kanak-kanak tempatan.

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran peserta terhadap kepentingan melindungi data peribadi dalam penggunaan internet. Antara pengisian utama termasuk pendedahan kepada amalan terbaik keselamatan digital seperti berhati-hati dalam berkongsi maklumat di media sosial, menyemak kesahihan sumber sebelum memberikan maklumat, serta kepentingan menukar kata laluan secara berkala.

Selain itu, peserta turut didedahkan kepada risiko penipuan dalam talian serta langkah-langkah pencegahan yang sesuai. Secara keseluruhannya, program ini telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali